suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak Di Ladang Kelapa Sawit

Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai orang ramai di bawah pokok kelapa sawit berhampiran simpang ke Universiti Curtin Miri, 1.32 petang Sabtu. Foto: Bernama

MIRI: Seorang lelaki yang sedang membuang air kecil di sebuah kawasan kelapa sawit di sini tidak menyangka bunyi yang didengarnya adalah tangisan seorang bayi lelaki di dalam sebuah kotak.

Setelah puas cuba mencari bunyi itu, lelaki berkenaan akhirnya mengesan tangisan itu datangnya dari sebuah kotak yang ditempatkan di bawah pokok kelapa sawit berhampiran simpang ke Universiti Curtin Miri kira-kira 1.30 tengah hari Sabtu.

Selepas penemuan bayi itu, yang dipercayai baru dilahirkan, lelaki berusia 32 tahun berkenaan segera membuat laporan polis, kata Ketua Polis Miri ACP Junaidi Bujang di sini, Sabtu.

Beliau berkata bayi itu dibungkus dengan kain sarung dan kain tuala, selain tiada kecederaan fizikal pada tubuhnya.

"Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut,"katanya. -Bernama

Bayi lelaki ditemui, dalam kotak

Artikel Lain