suria

Lim Beri Tempoh Sehingga 16 April Kepada Abdul Rahman

PETALING JAYA: Lim Guan Eng memberi tempoh sehingga 16 April ini kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk berdebat mengenai isu tanah Taman Manggis.

“Remember @mpkotabelud said returning on 15 April. No more excuse not 2debate on 16 April night the final deadline,” twit Ketua Menteri Pulau Pinang itu di laman Twitternya pada Sabtu.

Lim  berkata, Abdul Rahman kini berada di luar negara atas lawatan rasmi dan beliau berharap Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu boleh mengadakan perdebatan pada 16 April selepas kembali sehari sebelum itu (15 April).

Malah beliau mencabar Abdul Rahman agar 'tidak perlu lagi sengaja melengahkan perdebatan'.

Abdul Rahman tidak memberi sebarang maklum balas  kepada twit terkini Lim itu.

Sebelum itu, Abdul Rahman berkata beliau boleh memberikan soalan awal agar Lim lebih bersedia bersemuka dengannya.

Dan Lim menjawab bahawa Abdul Rahman tidak patut mengalihkan isu utama dan turut mempersoalkan kenapa ke luar negara selepas menyahut cabaran ini.

Pada Rabu, Abdul Rahman mencabar Lim berdebat selepas beliau mendakwa mempunyai bukti terbaharu mengenai rasuah terhadap ketua menteri itu.

Cabaran itu disambut Lim Khamis lalu dan memaklumkan sedia berdebat di mana sahaja dan hanya menunggu tarikh daripada pihak Abdul Rahman.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengenai kesanggupan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan debat tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain