suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kilang Kicap 100 Tahun Di George Town Kotor, Diarah Tutup

Gambar Hiasan

GEORGE TOWN: Sebuah kilang kicap yang beroperasi  lebih 100 tahun di Jalan C.Y Choy di sini diarah menghentikan operasi  selama dua minggu bermula Jumaat selepas didapati kotor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah Teong berkata hasil pemeriksaan di kilang itu didapati antara lain terdapat najis kucing dan najis tikus di tempat memproses kicap.

"Berikutan itu Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan notis untuk pemiliknya menghentikan operasi selama 14 hari bagi memastikan kilang kicap ini benar-benar bersih," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kilang itu juga dikenakan kompaun RM100 kerana didapati melepaskan asap tebal tanpa peralatan sesuai untuk melepaskan asap.-- Bernama






Artikel Lain