suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Lancar 1.5 Bilion Unit Tambahan AHB

Najib Tun Razak (tiga, kiri) melancarkan 1.5 Bilion Unit Tambahan Amanah Hartanah Bumiputera, Khamis.Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak melancarkan 1.5 bilion unit tambahan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) milik Pelaburan Hartanah Bhd (PHB).

Beliau berkata penambahan unit AHB itu didorong oleh permintaan yang menggalakkan oleh pelabur berikutan pulangan menarik yang ditawarkan oleh unit amanah berkenaan.

"Agihan pendaptan AHB sejak 2011 begitu menarik dan kompetitif. Kadar dividennya memuncak pada 2013, mencecah 7.5 sen secara bersih setelah ditolak cukai dan zakat, dan ini menjadikan unit hartanah ini begitu menarik sekali,"kata beliau selepas melancarkan unit tambahan berkenaan pada Khamis.

AHB dibiayai oleh Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan diuruskan oleh Maybank Asset Management Sdn BhdPada 5 April lepas, PHB telah mengumumkan pengagihan pendapatan interim bagitempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2016, sebanyak 3.3 sen seunit yang akan dibayar kepada pelabur pada 15 April.

Najib yang juga Pengerusi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera iaitu syarikat induk PHB berkata dengan penambahan berkenaan, saiz keseluruhan dana AHB kini meningkat kepada 3.5 bilion unit.

Artikel Lain