suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Panda Gergasi Diberi Nama "Nuan Nuan"

"Nuan Nuan" dipilih sebagai nama anak panda gergasi.

KUALA LUMPUR: Anak pasangan panda gergasi, Xiang Xiang dan Liang Liang yang kini berusia tujuh bulan di Zoo Negara diberi nama "Nuan Nuan".

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata nama itu dipilih menerusi saringan yang telus dan sistematik daripada 23,000 penyertaan yang diterima menerusi pertandingan menamakan anak panda gergasi itu.

"Nuan Nuan bermaksud ramah mesra. Ini menggambarkan hubungan antara Malaysia dengan China.

"Menariknya, Nuan Nuan turut digunakan suku kaum di Sarawak yang bermaksud 'anda' dalam bahasa Iban," katanya di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi di sini, Khamis.


anak panda, Nuan Nuan

Artikel Lain