suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempoh Reman Dalang Seleweng Dana KBS Mungkin Disambung - SPRM

Datuk Azam Baki
PUTRAJAYA: Tempoh tahanan reman dalang utama sindiket penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta yang akan berakhir Khamis ini mungkin disambung atas keperluan siasatan.

Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata siasatan secara intensif yang sedang dijalankan bagi merungkai kes itu mungkin memaksa beberapa orang daripada lapan lagi anggota sindiket itu turut ditahan lebih lama.

"SPRM secara intensif sedang menyiapkan siasatan dan jika tidak berpuas hati dengan maklumat yang diberi, kami akan memohon kepada mahkamah supaya tempoh reman dilanjutkan," katanya kepada Bernama.

Untuk mempercepatkan siasatan selaras saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, SPRM telah memanggil 'sejumlah' saksi daripada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan orang awam bagi merakam keterangan, kata Azam.

Beliau namun menegaskan tiada tangkapan atau rampasan bahan bukti baharu dibuat setakat ini.

Artikel Lain