suria

MCA, Gerakan Persoal Guan Eng Tidak Tahu Nilai Hartanah

Mohd Rizuad Mohd Azudin (kedua dari kiri) bersama rakan-rakannya meminta Lim berundur sementara menunggu siasatan.

GEORGE TOWN: Pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan persoal bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak tahu harga sebenar hartanah yang terletak banglonya apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri menganggarkannya bernilai lebih kurang RM4.27 juta.

Surat mengenai pemindahan hak milik tanah bertarikh 27 Ogos 2015 telah menjadi viral di laman sosial.

Pengerusi Biro Undang-undang Pemuda MCA, Eric Choo Wei Sern berkata, tidak logik sekiranya Lim tidak tahu nilai sebenar banglo itu kerana ia telah dinyatakan dalam notis taksiran pemindahan hartanah.

"Adakah Lim mencabar penilaian terhadap banglo itu? Jika tidak, ia bukanlah kebenaran dari Ketua Menteri kerana banglo itu bernilai sekurang-kurangnya  RM4.27 mil?" soalnya.

Pengerusi Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Baljit Singh menegaskan bahawa Lim telah diminta untuk membayar duti setem berjumlah RM122,100.

"Bagaimana dia tidak tahu nilai harta itu?".

Baljit merupakan seorang peguam berkata, duti setem yang perlu dibayar untuk tanah bernilai di bawah RM100,000 adalah 1 peratus, dari RM100,000 hingga RM400,000 sebanyak 2% dan lebih RM400,000 adalah 3%.

"Harta itu bernilai lebih jika kita mengambil kira nilai banglo itu," katanya.

Sementara itu, setiausaha politik, Wong Hon Wai telah meminta Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merekodkan kenyataan Lim minggu depan memandangkan dia kini berada di Hainan, China.

Dalam pada itu, Pemuda Umno Pulau Pinang dan Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang (GPEM) menuntut agar Lim berundur sebagai ketua menteri sementara menunggu siasatan.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim berkata, ia adalah pilihan terbaik bagi membantu siasatan.

Ketua GPEM Mohd Rizuad Mohd Azudin, yang sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap Lim di ibu pejabat SPRM negeri mengakui mewakili 13 kumpulan Melayu.

Lim Guan Eng

Artikel Lain