suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bomba Bantu Bawa Turun Pesakit Seberat 180kg

Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu menurunkan seorang pesakit lelaki yang mempunyai berat badan 180 kilogram dari rumahnya. Foto twitter @BombaJBPM

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu menurunkan seorang pesakit lelaki yang mempunyai berat badan 180 kilogram dari rumahnya di tingkat tiga sebuah apartment di Serendah, dekat sini, Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, Muhd Khairul Hidayat Taslim, 26, yang menghidapi masalah di bahagian pinggang dibawa turun menggunakan pengusung dan beberapa peralatan menyelamat lain kira-kira 4.30 petang.

"Pesakit tidak mampu berdiri kerana penyakit yang dihidapinya dan laluan yang sempit menyebabkan anggota terlibat mengambil inisiatif mengangkatnya ke bawah untuk dibawa ke dalam ambulans," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Kamil berkata, pesakit kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi rawatan lanjut.

Operasi menyelamat yang berakhir kira-kira 4.50 petang itu melibatkan enam  anggota bomba dari balai bomba berkenaan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain