suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Ustaz Kasanova' Dipenjara Lima Bulan

Mohd Razis Ismail (Ustaz Kasanova)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah menjatuhkan hukuman lima bulan penjara terhadap penjual minuman kesihatan yang digelar 'Ustaz Kasanova' kerana cubaan poligami dan tidak mendaftar perkahwinannya.

Beliau juga telah diarahkan membayar denda RM4,000, Isnin.

Mohd Razis Ismail, 34, dijatuhi hukuman oleh Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah terhadap lima pertuduhan berbeza melibatkan lima wanita yang berbeza: tiga pertuduhan kerana cubaan poligami tanpa kebenaran dan dua pertuduhan kerana berkahwin tanpa kebenaran pendaftar mahkamah.

Memakai pakaian penjara warna merah, Razis yang dilihat tenang apabila menerima hukuman dari kandang tertuduh, mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan cubaan poligami dengan tiga wanita lain yang berumur 24, 35, dan 30 tahun pada 29 Februari.

Beliau juga mengaku bersalah berkahwin dengan dua wanita berusia 24 dan 40 tahun tanpa kebenaran mahkamah pada 4 April 2010 dan 26 Mei 2012.

Kesalahan itu dilakukan di tiga lokasi berbeza iaitu di Kedah; Golok, Thailand dan sebuah flat di Jalan Loke Yew, di sini, antara 4 April 2010 dan 26 Ogos 2012.

Artikel Lain