suria

Dua Daerah Di Sabah Catat IPU Sederhana

KOTA KINABALU: Dua kawasan di Sabah pada Isnin mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana sehingga pukul 9 pagi ini berbanding hanya satu semalam.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua kawasan yang terjejas ialah Kota Kinabalu dengan bacaan IPU 57 dan Keningau (54).

Menurut JAS, kawasan lain yang turut mengalami IPU sederhana adalah Miri, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Ipoh, Sungai Petani, George Town dan Langkawi manakala kawasan lain mencatat IPU yang baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). 

IPU, Sabah

Artikel Lain