suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Derma Kerabat Diraja Diterima Tanpa Syarat - Azalina

Datuk Seri Azalina Othman Said
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan bahawa Perdana Menteri menerima sumbangan daripada kerabat diraja Saudi yang kemudiannya dikembalikan.

Dalam jawapan bertulis pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima sumbangan tersebut yang dimasukkan ke akaun peribadinya tanpa syarat.

"Pada Ogos 2013, beliau telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada kerabat diraja Saudi, dan tiada yang digunakan daripada jumlah itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siapa kerabat diraja itu dan jumlah sumbangan penuh.

Soalan ini diajukan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

Beliau telah bertanyakan tentang identiti penderma dan berapa banyak dari jumlah RM2.6 bilion telah dipulangkan.

Hee juga mahu tahu mekanisme yang digunakan untuk memulangkan wang tersebut.

Najib telah mengaku menerima derma RM2.6 bilion, menyatakan bahawa beliau telah memulangkan semula dana itu kerana ia tidak digunakan untuk apa-apa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain