suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Malaysia Menang Anugerah Makanan Di Colorado

PETALING JAYA: Kumpulan pelajar Malaysia telah membuktikan pandangan konvensional terhadap makanan yang dimasak menggunakan ketuhar gelombang adalah tidak benar, sebaliknya mampu menghasilkan hidangan lazat dan memenangi anugerah.

Nicholas Chan Li Wing, Grace Tan Ming Huei, Jason Wong Jun Yik dan Alyssa Eng Hui Ling yang mengikuti kursus kulinologi di Universiti Taylor telah memenangi Pertandingan Kulinologi Pelajar 2016 di Denver, Colorado, pada 11 Mac lalu.

Nicholas, yang juga ketua pasukan, berkata kemahiran kulinologi mereka diuji apabila mereka terpaksa berfikir di luar kotak untuk menghasilkan sesuatu yang menarik iaitu Roulade de Pollo, hidangan yang terdiri daripada pasta, 'roulade' ayam dan sayur-sayuran panggang.

"Hidangan ini pada mulanya dihasilkan mengikut kriteria pertandingan menggunakan perisa selatan-barat, dengan harga kos AS$1.25 (RM5.10) dan dimasak menggunakan ketuhar gelombang," katanya yang berusia 23 tahun.


"Ia kemudian telah dipertingkatkan lagi dengan sesi 'brainstorming' untuk memastikan produk kami menonjol daripada yang lain," tambahnya.

Kemenangan ini lebih bermakna apabila kumpulan ini merupakan satu-satunya pasukan Asia dan kumpulan pertama dari Asia yang pernah melangkah ke pusingan akhir.

"Apabila nama produk kami diumumkan sebagai pemenang, kami semua menangis," kata Alyssa, 20.

Alyssa menjelaskan bahawa bidang kulinologi bukan sahaja tentang merumuskan resipi yang sempurna menggunakan pengetahuan dan kemahiran seseorang dalam seni masakan.

"Ia melibatkan keupayaan untuk meletakkan 'sains' di sebalik makanan," katanya.

Jason, 23, teruja apabila dapat memenuhi impiannya untuk mewakili universiti dan negaranya.

Kemenangan mereka adalah hasil dari kerja keras selama enam bulan.

"Apabila kami menang, kami begitu terharu seolah-olah telah memenangi Oscar," kata Tan, 23.

Artikel Lain