suria

Gandingan Bapa-Anak Pandu Rolls-Royce Dari Beijing Ke Paris

Datuk Sia Hok Kiang (kanan) dan anak lelakinya Eric Sia Kuan Rong bersama kereta Rolls-Royce Phantom II yang akan digunakan untuk perjalanan amal dari Beijing ke Paris.
GEORGE TOWN: Seorang bapa dan anak lelakinya akan bergandingan dalam satu pasukan mewakili Malaysia bagi memulakan perjalanan 14,000km dari Beijing ke Paris bertujuan membantu mengumpul dana untuk kanak-kanak malang di Mongolia.

Ahli perniagaan berpangkalan di Kuala Lumpur, Datuk Sia Hok Kiang berkata, beliau bersama anaknya Eric Sia Kuan Rong akan memandu sebuah Rolls-Royce Phantom II sepanjang perjalanan itu yang bermula dari 12 Jun.

"Ia adalah sebuah model keluarga tahun 1933 yang saya beli pada tahun 2013. Ia adalah kereta vintaj yang sangat jarang ditemui," katanya ketika ditemui di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru.

Sebanyak 120 buah kereta dari seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut dan dua anak-beranak akan menjadi satu-satunya pasukan dari Malaysia.

"Kami berharap dapat mengumpul dana bagi kanak-kanak malang di Mongolia.

"Ini adalah cabaran utama. Bagi pemilik kereta antik, ia adalah sama seperti mendaki Gunung Everest, " kata Hok Kiang.

Peking To Paris Motor Challenge 2016 akan bermula dari Tembok Besar di luar Beijing pada 12 Jun sebelum berakhir di Place Vendome pada 17 Julai. Keseluruhan perjalanan meliputi jarak 13,695km.

Artikel Lain