suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MB Yakin Umno Terengganu Makin Kukuh

Ahmad Razif Abdul Rahman.

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yakin Umno Terengganu semakin kukuh dan bersatu.

Ahmad Razif dalam kenyataannya berkata dirinya sentiasa berfikiran positif di atas sesuatu perkara dan yakin ada hikmah di sebaliknya.

"Yang penting bagi saya dan saf kepemimpinan negeri ialah meneruskan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.

"Selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, saya sentiasa berdoa agar Umno terus kukuh," katanya.

Ahmad Razif berkata UMNO Terengganu pada masa sama juga dilihat berpegang kepada kesetiaan dan mahu terus berkhidmat seperti matlamat moto parti.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Umno telah mengenal pasti mekanisma terbaik dalam menyelesaikan konflik politik di Terengganu.

Ahmad Zahid berkata mekanisme berkenaan akan diumumkan Setiausaha Agung Umno dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam masa terdekat.

Kontroversi politik di Terengganu bermula apabila anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said, yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif, Selasa lalu.

Usul itu dicadangkannya sebelum mengakhiri perbahasannya pada sesi perbahasan atas titah ucapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin merasmikan persidangan DUN ke-13. - BERNAMA


Artikel Berikut

Artikel Lain