suria

Keputusan Kenaikan Tol Lebuhraya PLUS Diketahui Jun - UEM

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk menaikkan kadar tol di lebuh raya PlUS Malaysia Bhd akan diketahui pada Jun, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group Bhd, Datuk Izzaddin Idris.

PLUS, cabang lebuh raya Kumpulan UEM, mempunyai lima konsesi lebuh raya iaitu Lebuhraya PLUS (Lebuhraya Utara-Selatan), Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban Port-Dickson, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

"Perbincangan sedang dijalankan di antara kami dengan Kementerian Kerja Raya yang mesti dimuktamadkan sebelum Jun," katanya pada sidang akhbar pada sambutan ulang tahun ke-50 Kumpulan UEM di sini, Khamis.

Mengikut perjanjian konsesi itu, PLUS akan mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun bagi sepanjang tempoh konsesi yang berakhir Disember 2038.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai keputusan tender untuk Lebuhraya Pan Borneo, beliau berkata, pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

Kumpulan UEM bekerjasama dengan MMC Corp dan sebuah syarikat Sabah dalam mengemukakan tender untuk komponen Sabah projek berkenaan.-- Bernama


PLUS, UEM, tol

Artikel Lain