suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Heret Saya - Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah.

KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah tidak mahu diheret bersama ke dalam isu berkaitan cadangan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno.

Ahli Parlimen Gua Musang itu memberitahu pemberita di Parlimen bahawa isu tersebut tidak penting untuk dirinya dan tiada kena-mengena dengan beliau.

Ketika ditanya jika beliau berpendapat kedua-dua pemimpin itu boleh dipecat daripada Umno kerana menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, "Itu tidak penting. Janganlah heret saya ke dalam perkara karut ini."

Beliau berkata ia terpulang kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan tindakan kepada kedua-dua pemimpin itu.

Ahli MT Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya dipecat daripada Umno kerana mereka telah bertindak melampaui batasan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain