suria

Pekerja Kontrak Mati Selepas Bergaduh Dengan Jiran

IPOH: Seorang pekerja kontrak ditemui mati di hadapan rumahnya di Taman Teja, Tanjung Tualang dekat Batu Gajah di sini selepas bergaduh dengan jirannya pada Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohd Nasri Omar berkata, Choo Mun Keong,43, dipercayai mati akibat terjatuh di atas jalan tar semasa pergaduhan itu.

"Suspek memarahi mangsa kerana mangsa menanam pokok betik dengan menggunakan baja najis di belakang rumah suspek sehingga mendatangkan bau busuk.

"Berikutan itu, suspek memotong pokok betik mangsa yang mencetuskan pergaduhan di antara mereka kira-kira pukul 8 malam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Menurutnya polis menahan seorang lelaki berumur 50 tahun yang bekerja sebagai tukang kimpal untuk membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Bernama

Bergaduh, Terbunuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kerajaan Bukan Diktator - Najib

Artikel Lain