suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mat Rempit Disaran Tingkat Status Kepada Mat Motor

KUALA LUMPUR:  Golongan Mat Rempit disaran supaya meningkat taraf mereka sebagai Mat Motor yang lebih berhemah menunggang motosikal.

Saranan dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad yang mahu lebih ramai Mat Motor dilahirkan.

"Mat Motor merupakan golongan yang berminat dengan aktiviti permotoran yang melakukan program kembara secara berpasukan dan mematuhi undang-undang jalanraya," katanya kepada pemberita ketika melancarkan program 'Jom, JPJ Bersama Mu' peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Sabtu.

Beliau menambah Mat Motor juga melakukan aktiviti perlumbaan, tetapi dilitar yang ditetapkan.

"Mat Rempit pula melanggar peraturan seperti memecut dan mungkin tidak mempunyai lesen.

Bagi Mat Motor, melakukan perlumbaan adalah aktiviti sihat kerana mereka mematuhi peraturan dan memakai pakaian yang sesuai ketika berlumba," katanya.

Ismail diminta mengulas cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya trek lumba motosikal di sediakan di kawasan tertentu di ibu kota untuk Mat Rempit berlumba.

Mengenai cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya pesalah trafik yang tidak mempunyai lesen dihadapkan ke mahkmah, beliau berkata ia memerlukan pindaan Akta Pengangkutan Jalan.-Bernama

Mat rempi, mat motor, jpj

Artikel Lain