suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajibkan Penjualan Motosikal Disertakan Topi Keledar

Abdul Ghafur Yusof (tengah) memakaikan topi keledar kepada seorang penunggang motosikal sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya JKJR Sarawak sambil disaksikan Davina Agnes Enteli (dua, kiri) dan Zokipli Haji Kawi (kanan) pada Sabtu. Foto: Bernama

SARIKEI: Kerajaan dicadangkan supaya mewajibkan setiap penjualan motosikal baharu disertakan dengan dua unit topi keledar.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Abdul Ghafur Yusof berkata, langkah tersebut penting sebagai langkah untuk membudayakan pemakaian topi keledar di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal. 

Menurutnya, kesedaran menggunakan topi keledar atas faktor keselamatan dikalangan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini masih rendah. 

Beliau berkata, dengan langkah itu tiada alasan lagi untuk mereka tidak memakai topi keledar.

Terdahulu, beliau mengagihkan kira-kira 30 unit topi keledar kepada pengguna motosikal di bandar ini sempena kempen keselamatan jalan raya JKJR Sarawak.  

Turut hadir Pengarah JKJR Sarawak Davina Agnes Enteli dan Pemangku Ketua Cawangan JPJ Sarikei, Zokipli Kawi.-Bernama

Topi keledar, Abdul Ghafur Yusof

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain