suria

ERL Akan Tingkatkan Frekuensi KLIA Ekspres, KLIA Transit Mulai 1 Mac

KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan meningkatkan lagi kekerapan KLIA Ekspres  and  KLIA Transit pada 1 Mac 2016 untuk menampung keperluan penumpang pesawat serta yang berulang-alik.

ERL dalam satu kenyataan, untuk KLIA Ekspres, jadual masa kemuncak akan diperkenalkan pada setiap hari Ahad bagi memudahkan penumpang yang mempunyai urusan perniagaan.

Keretapi akan bertolak setiap 15 minit pada waktu puncak sebelah pagi bermula dari 6 pagi hingga 9 pagi dan pada waktu kemuncak petang, ia bergerak dari 4 petang hingga pukul 10 petang dari Ahad hingga Jumaat.

"Keretapi akan bergerak dalam setiap 20 minit pada hari yang kurang sesak seperti Sabtu, jadual ini akan terus kekal pada waktu yang kurang sesak pada sepanjang masa," kata pengendali perkhidmatan kereta api itu yang menghubungkan KLIA Ekspres dan KLIA Transit dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA serta KLIA2) dan ibukota.

Menurut ERL, bagi KLIA Transit, kereta api itu akan ada khidmat tambahan  pada sebelah pagi dari Isnin hingga Jumaat dan setiap waktu puncak petang dengan kereta api berlepas setiap 20 minit atau tiga perkhidmatan setiap jam.

Waktu puncak pagi adalah dari 6.00 pagi hingga 9.00 pagi manakala waktu puncak petang adalah dari jam 4 petang hingga 7 petang.

Untuk jadual penuh kereta api, layari laman web di www.KLIAekspres.com.-- Bernama


ERL, KLIA Transit

Artikel Sebelum

Guna Jengkaut Tarik Mesin ATM

Artikel Berikut

Artikel Lain