suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hutan Seluas 2.4 Hektar Terbakar Di Selama

Gambar hiasan.

LARUT: Hutan seluas 2.4 hektar di Bukit Bintang Hijau, Kampung Baru Basong di Hulu Kerian dekat sini terbakar pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selama, Fauzi Razali, berkata kejadian pada 11.50 pagi itu dipercayai bermula dari atas bukit berkenaan sebelum merebak ke kawasan bawah bukit yang terletak 600 meter dari penempatan penduduk.

"Anggota bomba bertindak pantas menghalang api serta bara yang masih ada daripada merebak ke pencawang elektrik bervoltan tinggi yang terletak dekat dengan kawasan kebakaran.

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 4.30 petang," katanya ketika dihubungi Khamis.

Katanya, punca kebakaran masih disiasat dan beliau tidak menolak punca kejadian kebakaran itu adalah daripada perbuatan manusia.

Fauzi berkata terdapat empat kejadian kebakaran lalang dan hutan dilaporkan berlaku di sini sepanjang bulan ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana keadaan cuaca panas boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran.

"Pembakaran sampah juga boleh menyebabkan kebakaran, jika tidak dikawal ia boleh merebak, sekali gus membahayakan nyawa dan harta benda," katanya. - BERNAMA


kebakaran, Selama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain