suria

Ibu Cemas Anak Berusia 19 Bulan Terperangkap Dalam Kereta

- Gambar hiasan
BAU: Seorang ibu cemas selepas anak lelakinya berusia setahun tujuh bulan menangis ketakutan akibat terperangkap dalam kereta milik bapanya di Kampung Apar, Singai, di sini malam Isnin.

Ibunya, Sylvia Grace, 38, berkata kejadian berlaku pada pukul 7.15 malam apabila pintu keretanya tiba-tiba terkunci ketika anaknya, Jacob Dylan Anak Charles Pwonses berada dalam kenderaan tersebut.

"Pada masa sama, kunci kereta pula berada dalam kereta berkenaan," katanya kepada Bernama.

Sylvia berkata kejadian berlaku ketika beliau sekeluarga bersiap hendak pergi ke pasar raya di Matang dekat Kuching.

Berikutan itu, mereka meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berjaya mengeluarkan mangsa yang menangis ketakutan.

Menurut jurucakap bomba di sini, anggotanya terpaksa memecahkan cermin kecil tingkap hadapan kereta itu untuk membuka pintu dan mengeluarkan kanak-kanak tersebut.
cemas, terperangkap, Sylvia Grace

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain