suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Nelayan Dipercayai Dibaham Buaya Ditemui

KINABATANGAN: Mayat seorang nelayan dipercayai hilang akibat dibaham buaya pada Isnin, ditemui terapung di Sungai Kinabatangan di Kampung Sukau, dekat sini Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Rosemedian Abdul Majid berkata mangsa yang dikenali sebagai Munir Sahid, 44, ditemui penduduk kampung kira-kira 2.57 petang.

Rosemedian berkata Munir keluar ke sungai untuk memeriksa bubu udang kira-kira 4 petang semalam, namun tidak pulang ke rumah sehingga 8 malam.

"Penduduk kampung berusaha mencari Munir pada malam semalam, namun gagal sehingga mayatnya ditemui petang tadi," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Beliau berkata lima anggota bomba bersama sebuah kenderaan utiliti dan sebuah bot diarahkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.10 petang tadi.

Katanya mayat Munir dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.


dibaham buaya, nelayan

Artikel Lain