suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Husam Sedia Berdepan Jawatankuasa Disiplin

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa sedia berdepan siasatan Jawatankuasa Disiplin PAS berhubung tuduhan mengkritik dan membuat pelbagai dakwaan terhadap parti.

Bagaimanapun tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu, beliau tetap mempertahankan kenyataannya sebelum ini, termasuk beberapa tindakan partinya yang dikatakan bertentangan dengan dasar PAS.

"InsyaAllah saya bersedia menemui jawatankuasa disiplin parti. Saya menunggu kertas pertuduhan rasmi untuk membolehkan saya menyediakan pembelaan yang sewajarnya.

"Saya akan bertanggungjawab atas semua ucapan saya dan InsyaAllah akan mempertahankannya semasa menemui Jawatankuasa Disiplin nanti," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurut Husam lagi, pada pertemuan itu, beliau akan memberikan maklumat terpeinci kepada Jawatankuasa Disiplin mengenai perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar PAS dan Islam yang dilakukan pihak tertentu dalam PAS.

Terdahulu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan bahawa Husam akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin PAS.

Menurut Tuan Ibrahim, terdapat merit berhubung aduan yang dibuat terhadap Husam baru-baru ini supaya beliau dipertimbangkan untuk prosiding tatatertib.

Husam sebelum ini antara pemimpin PAS yang lantang mengkritik kepimpinan parti itu terutama dalam urus tadbir negeri Kelantan termasuk isu pembalakan di luar kawasan di Lebuhraya Kota Baru-Kuala Krai dan isu Kompleks Perkayuan Kelantan, anak syarikat kerajaan negeri.

Husam Musa, PAS

Artikel Lain