suria

GHAH Gesa Peguam Negara Gugur Semua Tuduhan Menghasut Bukti Keikhlasan

Dr Azmi Sharom.

PETALING JAYA: Satu gerakan anti Akta Hasutan menggesa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed untuk menarik balik semua pertuduhan yang berkaitan di bawah tuduhan menghasut untuk menunjukkan bahawa beliau ikhlas dalam melakukan pembaharuan undang-undang.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) berkata walaupun mereka menyambut baik langkah peguam negara menggugurkan tuduhan menghasut terhadap profesor undang-undang Dr Azmi Sharom, banyak yang perlu dilakukan untuk memperbetulkan 'ketidakadilan'.

"Beliau (Apandi) berkata antara sebab mengapa mereka menggugurkan pertuduhan terhadap Azmi adalah demi kepentingan keadilan.

"Oleh itu, adalah tidak adil untuk tuduhan lain, diteruskan kerana mereka bertentangan dengan kebebesan bersuara seperti yang termaktub dalam Artikel Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Menurut gerakan tersebut, peguam negara tidak sepatutnya menggunakan cara ini untuk meraih populariti bagi menyembunyikan keputusan kontroversi yang dibuat demi membersihkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku.

"Beliau perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau benar-benar ikhlas melakukan pembaharuan undang-undang.

"Malah peguam negara harus mempertimbangkan untuk menggugurkan tuduhan seperti itu," katanya.

Terdahulu Pejabat Peguam Negara menarik balik tuduhan menghasut terhadap Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom, dua tahun lalu.

Mohamed Apandi berkata pihaknya bertanggungjawab untuk melaksanakan pendakwaan secara adil dan saksama.

Katanya, mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, beliau selaku Pendakwa Raya mempunyai budi bicara untuk memberhentikan pendakwaan terhadap Azmi, yang didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.



Artikel Lain