suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Bergerak Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Malam Ini

Trafik masih perlahan dari Bentong Timur ke Lentang dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak. Foto twitter @LLMinfotrafik

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan malam Selasa, berikutan peningkatan jumlah kenderaan khususnya yang menuju ke ibu kota.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd berkata, setakat 8 malam, aliran trafik perlahan dari arah Pagoh menuju ke Hentian Pagoh; Simpang Renggam ke Sedenak dan Hentian Pedas Linggi ke Port Dickson.

Di utara, trafik bergerak perlahan dari arah Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak menuju ke Jelapang; Ipoh ke Simpang Pulai serta Gopeng ke Tapah dan Bidor.

"Kenderaan juga bergerak perlahan dari arah Sungai Buaya menuju ke Rawang," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Bagi perjalanan ke Pantai Timur, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kawasan Bentong Timur menuju ke Tol Bentong hingga ke Lentang mengalami kesesakan akibat pertambahan kenderaan.

Katanya, laluan di Genting Highlands menuju ke arah Tol Gombak turut bergerak perlahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain