suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Lelaki Allahyarham Raja Arab Saudi Derma RM2.6 Bilion

Mohamed Apandi Ali.

PETALING JAYA: Seorang anak lelaki Allahyarham Raja Arab Saudi mendermakan wang RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Peguam negara itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti penderma tersebut.

"Kami tahu namanya. Beliau bukan Allahyarham Raja Arab Saudi tetapi anak lelakinya. Beliau masih lagi hidup," katanya dalam satu temubual dengan Sin Chew Daily.

Mohamed Apandi berkata pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merekodkan keterangan daripada penderma tersebut dan beliau sudah membaca laporan itu.

"Mengapa orang bertanya sebab derma itu? Soalan ini perlu ditanya kepada penderma tersebut. Beliau mempunyai berbilion-bilion wang. Beliau mahu memberikan wang itu kepada sesiapa, jadi apa?

"Ia adalah wang milik beliau. Ini adalah perkara peribadinya. Negara kita tidak mempunyai undang-undang yang menyatakan menerima sumbangan dana politik adalah salah disisi undang-undang," katanya.



Artikel Lain