suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Gempa Bumi Di Taiwan

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang kanak-kanak perempuan dari dalam runtuhan.

PETALING JAYA: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.4 magnitud di bandar Tainan, selatan Taiwan, kata sumber dari Wisma Putra di sini Sabtu.

Namun, kementerian itu akan terus memantau situasi dan memaklumkan orang ramai dengan sewajarnya.

"Rakyat Malaysia di Taiwan digalakkan untuk berhubung dengan kedutaan Malaysia di negara itu dan mematuhi semua arahan serta langkah keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Taiwan," kata sumber itu.

Menurut Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu melanda pada kedalaman 10 kilometer kira-kira jam 2000 GMT pada Jumaat, 39 kilometer timur laut Kaohsiung, bandar kedua terbesar di pulau itu dan juga pelabuhan penting.

Gempa itu pada mulanya dilaporkan 6.7 magnitud tetapi diturunkan kepada kepada 6.4.

Sehubungan itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, kejadian tsunami tidak dijangka berlaku di sekitar kawasan Pasifik.

Taiwan terletak di persimpangan dua plat tektonik dan biasa dilanda gempa bumi.

Sementara itu, gempa bumi kuat 6.3 magnitud pernah melanda tengah Taiwan pada Jun 2013 yang menyebabkan empat orang terkorban dan mengakibatkan tanah runtuh.

Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud pula pernah melanda pulau itu pada September 1999 dan mengorbankan kira-kira 2,400 nyawa.
gempa bumi, Tainan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain