suria

Lebuhraya Plus Mulai Sesak

KUALA LUMPUR: Trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan mulai sesak setakat 1 tengah hari Sabtu.

Jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata trafik bagi arah utara dilapor sesak dari Jelapang ke Kuala Kangsar, Permatang Pauh ke Sungai Dua dan Jambatan Pulau Pinang dari pulau ke pertengahan jambatan.

Bagi arah Selatan, trafik perlahan dari Seremban ke Senawang dan Pedas/Linggi ke Simpang Ampat, katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan trafik dari arah Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dan sekitar Plaza Tol Bentong ke Bentong Timur bergerak perlahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Plus

Artikel Lain