suria

Dua Beranak Dipasang Peranti Pengawasan Elektronik

IPOH: Dua beranak yang didakwa terlibat dalam pembunuhan empat individu di Tapah pada tahun lalu dibebaskan.

Namun mereka perlu memakai Peranti Pengawasan Elektronik (PPE) selama 59 hari.

Seorang mekanik berusia 57 tahun dan anak sulungnya, 20, dibebaskan Hakim Mahkamah Sesyen, Murtazadi Amran selepas menerima permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong.

"Oleh kerana siasatan belum selesai dalam tempoh masa yang diberikan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (PCA), mereka akan dilepaskan.

"Namun mereka masih disiasat dibawah PCA.

"Mereka akan memakai peranti tersebut selama 59 hari sementara menunggu arahan selanjutnya," kata Harris Ong kepada pemberita selepas prosiding di sini Jumaat.

Sebelum ini, dua beranak berkenaan bersama dua lagi ahli keluarga mereka, ditahan pada 26 Oktober lalu di bengkel kenderaan berat yang juga kediaman mereka kerana dipercayai ada kaitan dengan kehilangan sekurang-kurangnya empat individu.

Bagaimanapun, dua daripada empat suspek kes itu iaitu isteri dan anak suspek utama yang juga orang kurang upaya (OKU) dibebaskan tanpa syarat kerana dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kes bunuh mangsa berdasarkan hasil siasatan sebelum ini.

pembunuhan Tapah, bebas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain