"Bukan Cita-Cita Saya" - Ahmad Bashah - Semasa | mStar

"Bukan Cita-Cita Saya" - Ahmad Bashah

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
ALOR SETAR: Bakal menteri besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Anggota Dewan Negara berkuat kuasa Rabu.

Katanya surat peletakan jawatan sebagai timbalan menteri diserahkan hari ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak manakala bagi jawatan senator kepada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

"Jadi, dah rasmi (saya) letak dua-dua jawatan. Kalau ikutkan, untuk Senator tak habis tempoh lagi, tapi esok dah angkat sumpah (jawatan Menteri Besar), kena lepas dua-dua jawatan itu," katanya pada sidang media di Bangunan Tunku di sini Rabu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman di sini hari ini mengumumkan Ahmad Bashah, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, berkuat kuasa Khamis.

Terdahulu, Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan menteri besar berkuat kuasa serta merta.

Krisis politik membabitkan kedudukan Mukhriz bermula sejak 20 Januari lepas, apabila Adun dan anggota Parlimen Kedah serta pemimpin kanan Umno Negeri yang diketuai Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Mukhriz ketika mengumumkan peletakan jawatan pagi tadi berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Pada sidang media itu, Ahmad Bashah, 66, berkata ketika beliau mengadakan sidang media meminta Mukhriz digantikan pada 20 Januari lepas, tidak terlintas di fikirannya untuk menjadi menteri besar.

"Kalau nak jawatan dulu lagi boleh buat. Bukan cita-cita saya. Tapi dah berlaku saya terima, tak bantah atau bangkang sesiapa. Matlamat nak lihat Umno kuat.

"Saya dah terlibat dalam Umno lama dan menjadi wakil rakyat sejak lima penggal.Matlamat bukan jadi menteri besar tapi nak bersama kepimpinan," katanya.

Ahmad Bashah berkata krisis dua minggu itu berakhir hari ini dengan permintaan oleh pemimpin-pemimpin Umno negeri tercapai.

"Kami mahukan perubahan dalam kepimpinan...pagi ni dah umum. Peristiwa yang berlaku sejak 20 Januari dah selesai. Itu kehendak kepimpinan Umno yang hasrat adakan perubahan," katanya.

Ahmad Bashah berkata pertukaran jawatan menteri besar adalah sesuatu yang biasa berlaku di Kedah tetapi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional masih padu.

"Yang penting kita nak bersama jalankan tugas. Yang penting nak pertahankan kuasa di Kedah," katanya.

Ahmad Bashah berkata beliau yakin, Mukhriz walaupun tanpa jawatan menteri besar, akan terus bersama dalam membantu parti bagi mengekalkan Umno untuk terus berkuasa di Kedah.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain