suria

Kiran Dinamakan Miss Universe Malaysia 2016

SERI KEMBANGAN: Kerja keras dan jadual latihan yang padat pastinya berbaloi untuk Kiran Jassal apabila diumumkan sebagai Miss Universe Malaysia 2016.

Walaupun hanya berusia 20 tahun, Kiran akan mewakili Malaysia pada acara peringkat dunia tahun depan.

Beliau menerima mahkota dan selempang daripada Miss Universe Malaysia 2015, Vanessa Tevi Kumares.

Pelajar cemerlang yang mendapat semua 'A' dalam peperiksaan itu bercita-cita untuk mempunyai klinik ortodontik sendiri suatu masa nanti.

Beliau kini sedang mengikuti kursus dalam bidang pergigian.

"Keseimbangan adalah penting. Kemenangan saya membuktikan bahawa jika anda pandai membahagikan masa dengan baik, sesiapa sahaja boleh mencapai impian mereka," katanya.

Selain dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2016, Kiran turut membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000 dan hadiah sumbangan penaja bernilai lebih daripada RM200,000.

Sementara Dhivya Dhyana, 25, Lina Soong, 25, dan Swarna Naidu, 18, masing-masing dinamakan sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

The Star adalah salah satu daripada rakan media rasmi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain