suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Pelajar Kemalangan Di India Tiba Di Malaysia Ahad

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Jenazah pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan di India, S. Uthaya Kumar, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7 pagi Ahad.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Sabtu berkata, jenazah pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu dibawa pulang dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH193 dari Lapangan Antarabangsa Bengaluru. 

"Pegawai Konsular dan pegawai JPA dari Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai bersama-sama waris mendiang telah tiba di Basaveswara Medical College Chitradurga pada 29 Januari untuk menguruskan penghantaran pulang jenazah mendiang," kata Wisma Putra.

Menurutnya saudara-mara mendiang dari Tamil Nadu, wakil Kolej Perubatan Melaka-Manipal (MMMC) dan kira-kira 40 pelajar Malaysia yang merupakan rakan mendiang turut bersama-sama di Chitradurga.

S. Uthaya Kumar, 23, yang merupakan pelajar tahun ketiga di MMMC terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Chitradurga, Karnakata ketika membonceng motosikal bersama seorang pelajar tempatan.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke sebuah hospital di Chitradurga, kira-kira 250 kilometer dari Bangalore, Karnataka. - Bernama

Artikel Lain