suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB Nafi Dihubungi Pihak Berkuasa Switzerland Untuk Siasatan

PETALING JAYA: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) komited untuk memberikan bekerjasama kepada pihak berkuasa asing dan tempatan untuk menjalankan penyiasatan ke atas syarikat.

Katanya, kerjasama itu adalah tertakluk kepada nasihat daripada pihak berkuasa tempatan mengikut protokol antarabangsa yang mengawal perkara-perkara seperti itu.

Mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara di Switzerland pada Jumaat berhubung siasatan yang sedang berjalan, 1MDB berkata ia tidak dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa undang-undang asing berkaitan dengan syarikat itu.

Ketua pendakwa raya Switzerland, Peguam Negara Michael Lauber pada Jumaat berkata beliau telah secara rasmi meminta bantuan dari Malaysia untuk membantu siasatan beliau ke atas kemungkinan perlanggaran undang-undang Swiss oleh 1MDB, menyatakan bahawa penyelewengan disyaki berjumlah kira-kira AS$4 bilion.

Lauber berkata permintaan itu dibuat berkaitan kemungkinan pelanggaran undang-undang Swiss yang berkait dengan sogokan kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah di 1MDB.

Artikel Lain