suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mukhriz Hadir MT Umno

Mukhriz Mahathir.

KUALA LUMPUR: Disebalik spekulasi penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini petang Jumaat, walaupun ia mungkin yang terakhir dihadirinya.

Berpakaian kemeja biru muda dan berseluar kelabu, Mukhriz tersenyum lebar dan kelihatan tegang sambil disambut penyokong beliau yang menunggu di luar bangunan ibu pejabat Umno.

Laungan 'Hidup Mukhriz' turut kedengaran di lobi bangunan tersebut ketika beliau dalam perjalanan menuju ke bilik mesyuarat.

Difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk menukar menteri besar di Kedah ketika mengadap baginda pada Rabu.

Bagaimanapun, Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipercayai ragu-ragu dengan calon menteri besar baharu yang dicadangkan Perdana Menteri.

Setelah persetujuan diberikan, majlis angkat sumpah menteri besar baharu dikatakan mungkin berlaku pada Isnin ini.

Namun, ketika ditemui pagi Jumaat, Mukhriz berkata beliau tidak menerima apa-apa berita mengenai pertukaran Menteri Besar yang baharu.

Mukhriz Mahathir, MT Umno, MB Kedah

Artikel Sebelum

Polis Giat Buru Geng 'Tengku'

Artikel Berikut

Artikel Lain