suria

Dua Rakan Didakwa Bunuh Lelaki

KUALA LUMPUR: Dua rakan didakwa di Mahkamah Majistret di sini Jumaat terhadap pertuduhan membunuh seorang lelaki berusia 53 tahun di Sentul, minggu lepas.

Penjual sayur, Sow Thiam Poh, 34, dan juruelektrik, Leow Keng Teck, 36, masing-masing hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mahkamah menetapkan 29 Mac untuk sebutan semula kes.

Sow dan Leow bersama beberapa individu yang masih bebas didakwa membunuh Foo Yong Eng di tingkat lima, Brem Mall, Jinjang, Sentul, pada 8.40 pagi, 19 Jan lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Shamril Afzan Mohamed Hasim.

Bunuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain