suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Buru Individu Sebar Maklumat, Buat Ancaman Palsu

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu individu atau pihak tertentu yang cuba mencetuskan keresahan dan ketakutan orang ramai menerusi panggilan, penyebaran maklumat atau ancaman palsu.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, usaha mengesan dan memburu mereka terbabit dilakukan menerusi kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi lain berkaitan.

"Sebagai contoh baru-baru ini terdapat beberapa panggilan yang kononnya ada ancaman 'bom', kami tidak akan lepaskan mereka ini dan akan mengesan mereka," katanya kepada Bernama.

Selain itu Mohamad Fuzi berkata mereka terbabit dalam penyebaran laporan palsu juga akan diburu dan dikenakan tindakan.

Sementara itu, Penganalisis Jenayah Kamal Affendi berkata orang ramai dinasihat tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih mengenai sesuatu perkara terutamanya membabitkan ancaman keselamatan.

"Jika mereka inginkan sesuatu fakta berita yang sahih, mereka (orang awam) perlu merujuk kepada sumber yang sahih daripada pihak berkuasa sebelum viralkan di media sosial yang boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Selain itu, ia boleh memberi impak negatif kepada masyarakat sehingga menimbulkan panik dalam kalangan awam," katanya.-- Bernama


Bukit Aman, Mohamad Fuzi Harun, bom

Artikel Lain