suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Sambut Baik Kenyataan Peguam Negara

PETALING JAYA: Susulan berakhirnya siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kini sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia bersatu dan bergerak ke hadapan.

Menurut kenyataan media Perdana Menteri yang dimuat naik di Facebook, beliau mengalu-alukan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendapati tiada kesalahan jenayah yang dilakukan olehnya dalam kedua-dua kes berkenaan.

"Isu ini telah menjadi gangguan yang tidak perlu kepada negara. Sekarang adalah masa untuk kita bersatu dan bergerak ke hadapan.

"Saya kini akan melipatgandakan tumpuan kepada isu-isu utama yang penting kepada Malaysia, terutamanya memerangi ancaman keganasan dan mengukuhkan ekonomi dalam menghadapi cabaran global," katanya pada Selasa.

Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

PDRM Dilabel Pro-Syiah

Artikel Berikut

Artikel Lain