suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunku Azizah Syukur Tapi Persoal Kenapa Tiga Bulan Kegiatan Bauksit Dihentikan

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

KUANTAN: Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan syukur dengan keputusan kerajaan menghentikan sementara aktiviti melombong bauksit di daerah ini.

Sambil memuatkan naik keratan-keratan akhbar yang melaporkan perkembangan terbaharu itu, Tunku Azizah menerusi laman sosial Instagram baginda, bagaimanapun mempersoalkan tempoh pemberhentian itu yang hanya tiga bulan.

"Alhamdulillah... but 3 month only (tetapi hanya 3 bulan sahaja)," kata baginda, sambil melahirkan rasa terkejut dengan gambar-gambar di sekitar kawasan perlombongan bauksit yang dipaparkan di media masa.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam mengumumkan kerajaan mengenakan moratorium terhadap perlombongan bauksit di daerah ini bermula selama tiga bulan mulai 15 Januari ini.

Kerajaan selain itu turut membekukan kelulusan mengeksport bauksit ke luar negara kepada pengusaha bahan mineral itu.

Sebelum ini, Tunku Azizah pernah melahirkan rasa dukacita berhubung pencemaran bauksit dan mahukan rakyat terus berjuang supaya kegiatan itu dihentikan.-- Bernama

Artikel Lain