suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Kejadian 'Blackout' Pada Thaipusam Tahun Ini - Pengerusi Kuil

KUALA LUMPUR: Pengerusi jawatankuasa kuil Batu Caves menjanjikan kelancaran sambutan Thaipusam dari 22 hingga 24 Januari tahun ini.

"Jangan bimbang, tidak akan ada kejadian 'blackout' (elektrik terpadam)!" kata Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam Tan Sri R. Nadarajah.

Beliau memberi jaminan bahawa kejadian 'blackout' pada tahun lepas yang berlaku kira-kira tiga jam pada malam perayaan ini, tidak akan berulang.

"Pencawang baru telah dibina dan pendawaian telah ditukar. Semuanya telah diperbetulkan," katanya pada sidang akhbar di Batu Caves di sini, Khamis.

Nadarajah menganggarkan seramai 1.5 juta penganut dan pengunjung akan berkumpul di tempat popular itu untuk acara tersebut.

Perkara utama yang menjadi kebimbangannya adalah keselamatan awam.

"Kira-kira 2,000 pegawai polis dan sekurang-kurangnya 500 pengawal Rela akan ditempatkan ketika sambutan itu," katanya.

Namun begitu, beliau menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak memakai barang-barang berharga seperti emas untuk mengelakkan kecurian," katanya.

Bermula dari 23 Jan, perkhidmatan kereta api akan dilanjutkan pada hujung minggu dengan perkhidmatan tanpa henti selama 72 jam.

Maklumat mengenai bas tambahan dan laluan hanya boleh didapati pada Isnin depan.

Artikel Lain