suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jawatankuasa Fatwa Pahang Haramkan Penggunaan Vape

JERANTUT: Jawatankuasa Fatwa Pahang membuat ketetapan bahawa penggunaan rokok elektrik ataupun vape dalam kalangan umat Islam di negeri ini adalah haram, berikutan sifatnya yang memudaratkan kesihatan.

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perkara itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan pada Isnin lepas.

"Jawatankuasa putuskan haram untuk umat Islam di negeri ini menghisap vape," titah baginda selepas mempengerusikan mesyuarat MUIP di sini, Khamis.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Timbalan Yang Dipertua MUIP Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Keputusan mengharamkan vape di Pahang dibuat selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bulan lepas, yang memutuskan penggunaan vape bagi umat Islam adalah haram.

Mengulas lanjut perkara itu, Wan Abdul Wahid berkata keputusan mengharapkan penggunaan vape adalah berikutan sifatnya yang hampir menyamai rokok yang boleh memudaratkan kesihatan.

"Berikutan ketetapan itu juga, MUIP telah melarang penggunaanya di semua masjid dan premis di bawah jabatan itu di seluruh negeri ini," katanya.

Beliau berkata mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan oleh penguatkuasa agama negeri serta pegawai Jabatan Kesihatan negeri.

Sementara itu, satu perhimpunan ulama peringkat kebangsaan akan diadakan di Pahang pada Mei atau Jun nanti, bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan umat Islam termasuk tentang kumpulan militan Negara Islam (IS) dan langkah mengatasinya.

Artikel Lain