suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vape: Kedah Ambil Pendekatan 'Tunggu Dan Lihat'

ALOR SETAR: Kedah mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Jelasnya, buat masa ini kerajaan negeri mahu melihat pendekatan yang diambil negeri lain dan membuat sedikit kajian sebelum membuat pengumuman dalam masa terdekat ini.

"Sekarang ini kita belum buat apa-apa ketetapan. Saya terima laporan soal kesihatan yang jadi asas kenapa Majlis Fatwa haramkan vape, jadi ini pun satu yang kita perlu pertimbangkan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman Rabu.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 Nov lepas memutuskan hukum menghisap vape dan shisha adalah haram kerana akan menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.

Isnin lepas, Melaka mengambil keputusan mengharamkan penjualan dan penggunaan vape di negeri itu, manakala Negeri Sembilan hari ini membuat keputusan untuk membenarkan penjualannya dengan mengambil kira kepentingan orang bukan Islam yang menghisap vape.

Negeri lain yang turut mengharamkan vape ialah Johor, Kelantan dan  Terengganu.

Artikel Lain