suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Tekanan Untuk Abu Kassim Tamatkan Perkhidmatan - SPRM

Abu Kassim Mohamed.

PUTRAJAYA: Tiada tekanan dari mana-mana pihak untuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed menamatkan perkhidmatannya, demikian menurut SPRM.   

SPRM dalam satu kenyataan pada Isnin berhubung laporan portal berita kemungkinan Abu Kassim akan digantikan atas masalah kesihatan, menegaskan bahawa Abu Kassim berpegang pada pendirian tidak akan berundur atas tekanan mana-mana pihak, melainkan keputusannya sendiri atas sebab masalah kesihatan. 

SPRM berkata, kontrak Abu Kassim sebagai Ketua Pesuruhjaya hanya akan tamat pada 2018 manakala persaraan wajib beliau dari perkhidmatan awam adalah pada 2020. 

"Buat masa ini, tiada tekanan daripada mana-mana pihak yang meminta beliau supaya menamatkan perkhidmatan di SPRM," menurut kenyataan itu. 

Sebuah portal berita (Malaysian Insider) melaporkan Abu Kassim berkemungkinan akan bersara atas masalah kesihatan. 

Seorang pegawai kanan polis atau seorang timbalan pendakwa raya kanan dari Jabatan Peguam Negara mungkin menggantikan tempat beliau mengetuai SPRM. - Bernama

SPRM, Abu Kassim Mohamed

Artikel Lain