Mayat Tanpa Kepala Di Jolo Milik Bernard Then - Khalid - Semasa | mStar

Mayat Tanpa Kepala Di Jolo Milik Bernard Then - Khalid

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Filipina mengesahkan mayat tanpa kepala yang dijumpai di Kepulauan Jolo di selatan negara itu adalah milik mangsa culik rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen susulan ujian DNA. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya dimaklumkan secara lisan mengenai perkara itu baru-baru ini dan masih menunggu laporan bertulis daripada pihak berkuasa Filipina.

"Hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat tanpa kepala yang dijumpai di Jolo itu menunjukkan positif dan padan dengan kepala yang dijumpai pada 19 Disember lalu.

"Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada ahli keluarganya dan kami bersedia membantu membawa pulang jasad Then," katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), pada Rabu.

Pada 15 Diember lalu, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pasukan keselamatan Filipina telah menjumpai satu mayat tanpa kepala yang disyaki Then.   

Khalid berkata buat masa ini keluarga mangsa tidak mahu membawa pulang jasad Then kerana mereka mahu ke Filipina untuk menyempurnakan jasadnya di sana kemudian membawa pulang abunya ke Malaysia untuk disemadikan.

Beliau berkata beliau menghormati permintaan keluarga mangsa dan pihaknya akan membantu menguruskan jasad berkenaan.

Then yang berasal dari Sarawak diculik sekumpulan lelaki bersenjata disebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah pada 14 Mei lepas bersama-sama pengurus restoran itu Thein Nyuk Fun, 50. 

Thein kemudian dibebaskan pada 8 November. 

Namun Then, 39, dipenggal kepalanya di lokasi terpencil di Kepulauan Jolopada 11 November lepas.

Kepalanya dikatakan ditemui kira-kira seminggu kemudian.-Bernama

Bernard Then , Mayat tanpa kepala , Jolo

Artikel Sebelum

Najib, Ab Rauf Berjaya Batalkan Saman Anina

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?