suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Temui Mayat Lelaki Di Dalam Semak

KOTA KINABALU: Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh, di kawasan semak berhampiran Masjid Bandaraya Likas, kira-kira jam 7 malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata mangsa, Mohd Ali Baba Kirim Abdullah, 27, yang bekerja sebagai jurujual telefon bimbit, dilaporkan hilang sejak 28 Disember lepas.

"Mayat mangsa didapati mempunyai kesan kecederaan di bahagian kepala dan badan," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Chandra berkata mayat mangsa ditemui hasil soal siasat terhadap rakan mangsa yang dilihat kali terakhir bersamanya.

Katanya suspek berusia 23 tahun itu akan ditahan reman untuk siasatan lanjut dan menunggu laporan bedah siasat.

Polis turut merampas sebuah kenderaan Honda Accord milik suspek manakala senjata yang dipercayai digunakan semasa kejadian belum ditemui, katanya. - BERNAMA


mayat, semak

Artikel Sebelum

AGC Terima Dokumen 1MDB - Khalid

Artikel Berikut

Artikel Lain