suria

Tiga Ditahan Bantu Kes Kehilangan Budak Dua Tahun

JOHOR BARU: Polis telah menahan tiga lelaki berhubung kehilangan seorang budak perempuan di sebuah hotel di Jalan Maju, Taman Pelangi, di sini awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh yang mengesahkan penahanan itu berkata kesemua mereka ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata ketiga lelaki itu, berusia antara 30 hingga 33 tahun, dan bekerja sebagai tukang masak, buruh dan seorang lagi penganggur.

"Dua dari mereka ditangkap pada 11 Disember lalu manakala seorang lagi pada 16 Disember. Seorang mempunyai lima rekod jenayah dan dadah, seorang mempunyai satu rekod dadah dan seorang lagi tiada rekod," kata beliau ketika dihubungi di sini Selasa.

Sulaiman berkata kes itu masih dalam siasatan polis.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001 Pemerdagangan dan Pemelarian kanak-kanak," kata beliau.

Menurut "NUR Alert", Angie Tiong, 2, dilaporkan hilang di sebuah hotel di bandar raya ini.

Laporan kehilangannya dibuat pada 10 Disember lepas.

Semenjak NUR Alert mengenai kehilangan Angie disebar melalui laman rasmi Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia semalam, ia telah dikongsi sebanyak 4,768 kongsian.

Sistem NUR Alert diwujudkan kerajaan bagi membantu mengesan kehilangan kanak-kanak bawah 12 tahun. - BERNAMA

kes budak hilang, PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain