suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Di Semua Lebuhraya Lancar Setakat 9 Pagi Sabtu

Keadaan lebuh raya PLUS arah utara dekat susur Rawang Selatan pada Khamis lalu. Foto AZMAN GHANI / The Star

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuhraya utama dilaporkan lancar setakat pukul 9 pagi Sabtu.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd, aliran trafik bagi arah utara dan selatan dilaporkan lancar dan terkawal sejak awal pagi.

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan tiada kesesakan berlaku di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan Lebuhraya Pantai Timur 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Lain