suria

Dua Pencuri Dicekup Selepas Kereta Dinaiki Terlibat Dalam Kemalangan

SUNGAI PETANI: Dua lelaki dipercayai baru sahaja mencuri, ditahan polis selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pagar sebuah rumah di Taman Sejahtera di sini pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Mohd Sabri Muhamad berkata sebelum itu seorang peniaga wanita berusia 53 tahun mendapati kereta Proton Saganya telah digeledah ketika pulang ke rumahnya kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Selepas memeriksa keretanya, beliau mendapati cukai jalan serta beberapa dokumen dan barangan lain dalam keretanya hilang.

"Sejurus selepas itu, beliau ternampak kemalangan tidak jauh dari rumahnya dan mendapati barang miliknya berada dalam kereta berkenaan," katanya kepada Bernama, Rabu.

Susulan kejadian itu polis menahan dua lelaki, seorang berusia 22 tahun yang melakukan kerja pendawaian serta rakannya berusia 23 tahun yang merupakan seorang peniaga, katanya.

Hasil semakan polis mendapati kereta dinaiki suspek mempunyai kaitan dengan laporan kehilangan kenderaan di Butterworth pada 18 Dis lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Akta Kanun Keseksaan, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain