suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Suspek Kes Tikam Petugas Stesen TV Diburu

Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, Masir Kujat (dua, kiri) melawat petugas Astro Awani, Ahmad Hawari Zakaria, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur, akibat cedera ditikam semasa berselisih faham di sebuah pangsapuri Jalan Usahawan, Setapak Jumaat lepas. Turut kelihatan bapa Ahmad, Hawari Zakaria Abdullah (kiri). -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis masih memburu lima lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes tikam seorang petugas stesen televisyen swasta, Ahmad Hawari Zakaria di sebuah pangsapuri di Setapak, di sini Jumaat lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Anak Kujat berkata sehingga kini polis telah menahan dua suspek lelaki pada Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes itu.

"Kita telah tahan dua suspek dan sedang buru lima lagi, dia (Ahmad) juga telah kembali stabil dan mungkin dibenarkan keluar tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas melawat Ahmad Hawari, 32, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam Jumaat lalu, Ahmad Hawari, yang bertugas sebagai pengurus pentas dipercayai ditikam seorang wanita yang juga rakan kepada jirannya di perut dan kini dirawat di HKL.

Kejadian berlaku selepas mangsa dipercayai berselisih faham dengan sekumpulan lelaki di hadapan dua pengawal keselamatan yang sebelum itu dihubungi seorang penghuni kondominium terbabit untuk meleraikan pergaduhan.

Artikel Lain