Umat Islam Sambut Maulidur Rasul Kali Kedua Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Umat Islam seluruh dunia meraikan kelahiran Nabi Muhammad SAW atau Maulidur Rasul dua kali tahun ini, iaitu pada 3 Januari lalu bagi 1436H dan Khamis bagi 1437H.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha, berkata persiapan majlis sambutan peringkat kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang berjalan lancar dengan raptai penuh diadakan pagi ini.

"Persiapan sudah berada pada tahap 90 peratus dan kami juga sudah menyediakan sebanyak 12,000 buah kerusi yang akan diletakkan di dalam dewan untuk 125 kontinjen daripada pelbagai badan awam dan swasta.

"Tahun ini kita ada kira-kira 200 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang akan turut menyertai perarakan kita sambil berselawat. Kami harap ini akan  menarik orang ramai untuk ikut serta," katanya ketika dihubungi.

Othman berkata sambuatan yang biasanya diadakan di masjid ditukar lokasinya ke dewan yang lebih besar untuk mengelak kesesakan.

"Sebelum ini bila kita adakan sambutan di masjid, banyak kontinjen yang tidak boleh masuk dan banyak antara mereka terpaksa berkumpul di luar," katanya.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah, dijadual berangkat ke majlis itu, katanya.

Upacara itu akan disiarkan secara langsung di RTM TV1 dan disambung siar di  TV Al-Hijrah.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui catatan terbaru dalam laman blog beliau www.najibrazak.com memohon umat Islam memanjatkan kesyukuran di atas sambutan Maulidur Rasul berganda tahun ini.

"Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW begitu besar kepada kita umat Islam. Baginda bersama para Sahabat telah menanggung pelbagai kesusahan dan penderitaan dalam memartabatkan syiar dan syariat Islam serta membina ummah ini," kata Najib. 

Sementara itu Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Paimuzi Yahya berkata sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan pada tahun ini akan diadakan di Masjid Al-Mukhlisin, Cheras, pada malam ini.

"Program kami akan bermula selepas solat maghrib dengan ceramah khas maulidur rasul yang akan disampaikan oleh (Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia)

"Sambutan Maulidur Rasul kali ini juga turut menyediakan 11 kategori anugerah khas maulidur rasul yang melibatkan individu dan organisasi. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai dan trofi," katanya. 

Beliau berkata lebih 1000 orang dijangka hadir terdiri daripada wakil pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan masjid-masjid serta orang awam.  -- Bernama 


Maulidur Rasul, Jakim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain